http://kglonek.blogspot.com

Pelancaran Laman Web Rasmi Kampung Lonek

Dirasmikan oleh: Tuan Wan Razali bin Wan Awang,Pegawai Daerah Jempol

Tempat : Balai Raya Kampung Lonek

Tarikh : 16 April 2012

Homestay Lonek

Rumah Contoh Homestay

Menikmati dan merasai hidup di desa

BONGAI

Kumpulan Kebudayaan Kampung Lonek

Keasyikan alunan paluan gong dan rebana - persembahan 'Bongai'

Sambutan Selamat Datang

Selamat Datang

Pelancong dan tetamu yang datang di sambut dengan paluan gendang pacik dan bunga manggar

Sawah Padi

Luas mata memandang dengan kehijauan desa

Sawah Padi merupakan salah satu keunikan di Kampung Lonek

1) Hutan Lipur Serting Ulu
Hutan Lipur Serting Ulu terletak di bahagian utara kira-kira 20 km dari Bahau, 10 km dari Batu Kikir dan 10 km dari kg. Lonek. Kawasan ini mula dimajukan pada tahun 1986, setelah ia ditemui sejak seratus tahun lalu.
 Image Image
Jambatan gantung yang terdapat di
Hutan Lipur Serting Ulu
 Air terjun yang mengalir di celahan batu,
begitu sejuk dan jernih airnya

2) Hutan Lipur Jeram Tengkek
Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting, iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan dengan pelbagai bentuk. Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semula jadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah. Di samping itu, di sini juga terdapat perkampungan orang Asli yang boleh dilawati.
Image  Image
 Batu-batuan yang terdapat di Hutan
Lipur Jeram Tengkek.
 Perkampungan orang Asli yang boleh
dilihat dari jalan masuk ke Jeram Tengkek.



3) Taman Rekreasi Bahau
Terletak ditengah-tengah Bahau, merupakan kawasan tumpuan utama penduduk tempatan untuk beriadah. Pada waktu pagi, boleh dilihat warga tua mempraktikkan tai chi, manakala pada sebelah petangnya penduduk bandar akan membanjiri kawasan ini untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti joging ataupun  bersukan contonya bermain bola sepak, bola keranjang ataupun hanya berjalan untuk  bersiar-siar.
Image  Image

4) De Bana
Hutan Lipur De Bana terletak di kawasan Lui dan sebahagian daripada Hutan Simpanan Pasoh yang berada pada ketinggian lebih kurang 200 meter dari paras laut. Sebaik sahaja anda masuk ke kawasan ini, anda boleh lihat gunung-ganang yang menjadi latar belakang hutan lipur tersebut. Di sebelah kanannya pula terdapat 'dinding' batu setinggi hampir 5-6 meter merentangi kawasan tersebut.   
Image Image 
Papan tanda masuk ke Hutan Lipur De Bana Air Terjun yang dikelilingi batu-bata
|
1) Teratak Za’ba atau Zainal Abidin Ahmad

Kampung Bukit Kerdas, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Teratak Za'ba ini telah siap dibina pada tahun 2001. Teratak ini merupakan ilham daripada YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Isa bin Haji Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu bagi mengenang jasa dan menghargai sasterawan tersebut. Teratak ini telah diisi dengan artifak dan penerangan tentang Za'ba atau nama sebenar beliau Pendeta Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad.
Image  Image

2) Istana Serting Batu Kikir

72100, Bahau.

Istana kediaman Tunku Muda Serting telah dibina pada tahun 1931.
Image 

3) Kawasan Gua Serting Ulu
Terdapat beberapa kawasan gua yang terletak di kompartmen 27 dan 30, Hutan Simpanan Serting di kawasan Serting Ulu. Kawasan ini telah menjadi markas Bintang Tiga ketika mereka berkuasa selepas kekalahan tentera Jepun di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1946. Kawasan gua ini berpotensi untuk dimajukan memandangkan ianya agak unik dan menyediakan satu bentuk pemandangan yang berbeza. Buat masa ini, kawasan tersebut masih belum diterokai dengan lebih mendalam kecuali penduduk orang Asli yang berhampiran yang menjadikan gua-gua ini tempat untuk mereka mendapatkan bahan dari kelawar.


4) Jalan Penarikan
Jalan Penarikan adalah pertemuan antara Sungai Jempol dan Sungai Muar. Jempol dikatakan wujud pada kurun ke-14 iaitu sebelum kegemilangan Kerajaan Melaka pada kurun ke 15. Kawasan ini telah diterokai oleh sekumpulan sembilan keluarga yang berasal dari kawasan pedalaman Pasai, Sumatera Utara yang di ketuai oleh Dato' Shah Pedang. Jalan Penarikan ini merupakan laluan pintas bagi pedagang-pedagang yang ingin ke Siam dari Melaka setelah diberitahu oleh pedagang dari Pasai.

Kerajaan Siam pernah menggunakan laluan ini ketika  ingin melancarkan serangan ke atas Melaka. Jalan Penarikan juga pernah menyaksikan pelbagai peristiwa menarik, antaranya ialah kisah Hang Tuah yang melarikan Tun Teja Ratna Benggala iaitu anak kepada Bendahara Pahang yang telah pun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu. Selain itu, sewaktu penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, Sultan Mansur Shah telah membawa kerabat diraja menggunakan jalan ini untuk melarikan diri ke Pahang.
 
ImageImage
                                  

5) Sejarah peperangan senapang & parang (Pekan Batu Kikir)
Pekan Batu Kikir yang terletak lebih kurang 16 km dari Kuala Pilah dan 12 km dari Bandar Bahau merupakan sebuah kampung tersusun pada awalnya. Di pekan ini telah menyimpan satu sejarah yang masih belum dikenali secara meluas. Mengikut sejarah, terdapat satu peperangan yang agak menarik iaitu peperangan antara masyarakat Melayu yang menggunakan senjata parang melawan pasukan Bintang Tiga yang menggunakan senapang. Keganjilan yang berlaku ialah apabila pasukan Bintang Tiga yang menggunakan senapang atau senjata yang lebih baik berbanding  masyarakat Melayu pada ketika itu telah kalah teruk.
 
Peperangan ini juga menjadi sejarah, di mana telah menunjukkan perjuangan menentang pasukan Bintang Tiga yang telah menjadikan kawasan Gua di Simpang Pertang sebagai markas mereka. Peperangan ini berpunca dari peristiwa amuk di Padang Lebar berhampiran dengan pekan Batu Kikir. Akhirnya peristiwa amuk ini bertukar kepada satu peperangan yang dahsyat dan melibatkan banyak nyawa dari pasukan Bintang Tiga yang terkorban. Peperangan ini telah berlaku pada bulan November 1946. Peristiwa ini perlu diteliti kerana ianya memberi pengajaran tentang kehidupan yang harmoni datang dari kepercayaan dari satu kaum kepada satu kaum yang lain untuk tinggal bersama di dalam satu tempat.
 
Image 
Pekan Batu Kikir pada masa kini
|
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL




PASUKAN KESELAMATAN KAMPUNG (SRS)





|
Penghulu Nazri bin Yunus
(Penghulu Mukim Kuala Jempol & Rompin)
Alamat     : Pejabat Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK.
Telefon    : 017 - 618 3518
Pejabat    : 06 - 458 5208 ext 5208
Email       : penghulu.arie@yahoo.com.my


Hj. Ramli bin Abd Hamid
(Ketua Kampung / Pengerusi JKKK Kg Lonek)
Alamat     :No. 1 Kampung Lonek, 72200 Batu Kikir, NSDK.
Telefon    : 019 - 341 0395
Fax          : 06 - 498 4379
Email       : kampunglonek@yahoo.com


Hajah Badariah bt Ahmad
(Pengerusi Homestay Lonek)
Alamat     : No. 10 Kampung Lonek, 72200 Batu Kikir, NSDK.
Telefon    : 019 - 287 1410 / 06 - 454 4163
Email       : homestay_lonek@yahoo.com
|
PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI LONEK (PJKL)

Pusat Jalur Lebar Komuniti Lonek (PJKL) telah diwujudkan sebagai Pusat Mengakses Maklumat (Based Info Center) bagi masyarakat setempat mencari  serta mendapatkan maklumat yang melangkaui sempadan dunia dan masa.




KAMPUNG TANPA WAYAR (KTW)

Bagi mewujudkan masyarakat celik ICT, beberapa kawasan telah di naik taraf sebagai Kampung WIFI atau Kampung Tanpa Wayar yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Mutimedia Malaysia (SKMM). Sebarang aduan kerosakan sila hubungi pihak NOC : 03 8060 1709.

Senarai Kampung Tanpa Wayar di bawah seliaan PJK Lonek adalah seperti berikut:
  • PJK Lonek
  • Surau Kg Tengah
  • Balai Raya Kg Lonek
  • Surau Kg Tebat Ilir
  • Surau Bukit Kelulut
  • Perpustakaan Desa Kg Bukit Kerdas
  • Perpustakaan Desa Taman Putra
  • Perpustakaan Desa Masjid Kariah Kg Terusan Hilir
  • Perpustakaan Desa Kg Rembang Panas
Image Image  
Kemudahan internet untuk masyarakat setempat

|

MASJID / SURAU

Kampung Lonek mempunyai sebuah masjid dan 2 buah surau. Pembinaan surau yang terletak di Kampung Sg.Taling dan Kampung Tengah adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat untuk menunaikan  solat fardhu secara berjemaah.

Image
Masjid Kariah Kg Lonek



PUSAT SUMBER KEMAS KG LONEK

Perpustakaan Desa ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS). Perpustakaan ini merupakan tempat masyarakat di Kampung Lonek mendapatkan sumber bacaan dan menjalankan program yang dianjurkan oleh pihak KEMAS.

Image
Pusat Sumber KEMAS Kg Lonek



BALAI RAYA KG LONEK

Balai Raya Kampung Lonek merupakan pusat aktiviti utama Kampung Lonek, di mana terletaknya semua ibu pejabat bagi persatuan di kampung ini seperti pejabat JKKK/GDW Kg. Lonek, Anjung Bestari Kg. Lonek, Pejabat Homestay Kg. Lonek, dan juga Kumpulan Budaya Kg. Lonek.
 
Image Image
Pusat pentadbiran utama Kg Lonek


DEWAN HOMESTAY KG LONEK
Dewan Homestay ini merupakan tapak atau tempat program Homestay yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Homestay Kg Lonek. Dewan ini mempunyai pentas utama bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti persembahan Bongai dan persembahan daripada peserta program.
Image
Anjung Bestari Kg Lonek


HENTIAN BAS / TEKSI

Hentian bas dan teksi terletak di jalan masuk ke Kampung Lonek. Maka, penduduk yang ingin menggunakan perkhidmatan bas dan teksi perlu berjalan kaki atau keluar ke jalan utama lebih kurang 1.9 kilometer. Perhentian bas dan teksi utama terletak di Pekan Batu Kikir iaitu lebih kurang 3 kilometer dari pintu masuk ke Kampung Lonek.
 

Image  Image


TELEFON AWAM

Telefon awam di Kampung Lonek terletak dihadapan Balai Raya Kampung Lonek dan juga di  luar pintu masuk ke Masjid Kariah Kampung Lonek. Masyarakat tidak perlu bimbang sekiranya tiada talian tetap atau telefon mudah alih di rumah kerana kemudahan telefon awam tersedia dan masih dalam keadaan baik.



Image


PADANG BOLA
Selain taman rekreasi dan pusat futsal, di Kampung Lonek sendiri terdapat padang bola sepak yang digunakan oleh belia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Malah padang ini juga merupakan tempat aktiviti  homestay dijalankan seperti tarik upih, boling kelapa, sukaneka dan sebagainya.


Image


|
SEJARAH PUSAT SUMBER KEMAS KG LONEK

Pusat Sumber Kg Lonek diwujudkan pada tahun 1977 oleh UMNO Cawangan Lonek pada ketika itu. Pusat Sumber Kg Lonek lebih dikenali sebagai Bilik Bacaan Kg Lonek dan ditempatkan di Balai Raya Kg Lonek. Semua koleksi buku-buku disumbangkan oleh Ketua Cawangan UMNO Lonek iaitu Dato' Dr. Hj. Mohd Khalid bin Yunus dan orang perseorangan. Di masa itu, bilik bacaan ini dibuka tiga kali seminggu dengan penjaganya dibayar saguhati.

Pada 1 April 1979, bilik bacaan ini telah diserapkan ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Jempol sehingga sekarang. Pada tahun 1996, bilik bacaan ini telah dipindahkan ke Dewan Dato' Dr. Hj. Mohd Khalid bin Yunus yang terletak di dalam perkarangan Masjid Kariah Kg Lonek sehingga sekarang dan dinaiktaraf sebagai Pusat Sumber KEMAS Kg Lonek. 

Pada tahun 2008, Pusat Sumber KEMAS Kg Lonek telah dipindahkan ke tapak sekolah agama yang telah dikosongkan dan telah dibaikpulih menjadi Pusat Sumber KEMAS Kg Lonek yang baru dan mempunyai fasiliti yang lebih banyak seperti yang ada sekarang.


|
Struktur Organisasi Kg Lonek


Struktur Organisasi JKKK Kg Lonek


Carta Organisasi JKKK 2009/2011


|
Nama Pengusaha   : Hj. Mohamad bin Harun
Alamat                    :
No. 4A Kg Sg. Taling, 72200 Batu Kikir, NSDK

No. Tel                   :
06-4983868 (Rumah)


Antara koleksi parang yang dihasilkan
|
Nama Pengusaha : Hajah Munah bt Jamil
Alamat                  : No. 18B, Kg Masjid Lonek, 72200 Batu Kikir, NSDK
No. Tel                 : 019-2606670
Email                    : munahkraf@yahoo.com



Munah Kraf merupakan syarikat yang mengusahakan produk kraftangan berasaskan daun getah di Kg Lonek. Ia diusahakan oleh Hajah Munah binti Jamil dan keluarga.

Terdapat pelbagai kraf tangan yang boleh dihasilkan oleh daun getah ini seperti koleksi bunga dalam bentuk jambangan bunga, koleksi perkahwinan seperti bunga telur / bunga rampai, bunga pengantin dan bunga kosage. Malah daun getah yang telah dikeringkan juga turut dijadikan hiasan pada pasu, beg cenderamata, penanda buku, rantai kunci, jam dinding dan bingkai gambar.

Keindahan kraftangan dan gubahan bunga daripada daun getah terserlah apabila gubahan lebih kreatif dijalin dengan warna-warna segar yang mendapat sentuhan unik, kreatif dan moden.
 

     
Antara koleksi bunga daun getah







|
Nama Pengusaha : Pn. Hasnah
Alamat                  : 
Desa Kraf, Batu B6 1/4, 72100 Bahau, NSDK
No. Tel                 :
019-249 6357 (Handphone) / 06-4983568 (Rumah)

Desa Kraf Lonek merupakan syarikat yang berkonsepkan produk barangan perhiasan berasaskan buluh, rotan dan mengkuang. Penghasilan bahan-bahan asli ini dicanang dalam pelbagai bentuk dan dekorasi bermotifkan tradisional mahupun gaya moden.

Produk keluaran Desa Kraf Lonek telah berjaya menguasai pasaran dalam menghasilkan produk tradisional dan sesuai untuk semua golongan masyarakat.

Produk Desa Kraf Lonek pernah memenangi Anugerah Produk Terbaik pada tahun 2006.

   
Antara contoh produk kraftangan buluh, rotan dan mengkuang 
|
BIRO PERTANIAN DAN PENTERNAKAN KG LONEK
 
Carta Organisasi Biro Pertanian dan Perternakan

Biro Pertanian & Penternakan merupakan satu biro mengawalselia & memantau segala aktiviti berkaitan pertanian dan penternakan di Kg Lonek. Menjadi tugas biro ini menjadi mata dan telinga JKKK untuk mengenalpasti status sesuatu projek itu samada berjaya atau gagal.

Jika sesuatu projek gagal, menjadi tanggungjawab biro ini untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul dan cara penyelesaiannya seterusnya melaporkan pada pihak berkenaan seperti RISDA, Jabatan Pertanian Daerah dan sebagainya.

Diantara aktiviti pertanian yang terdapat di Kg Lonek ialah penanaman sawah padi, sawit, getah, nangka madu dan tembikai. Manakala bagi perternakan pula ialah penternakan lembu, kambing, itik dan ikan keli. 

Statistik Pertanian di Kg Lonek

Statistik Penternakan di Kg Lonek 


|

    Featured-video

    Tag-cloud