1) Hutan Lipur Serting Ulu
Hutan Lipur Serting Ulu terletak di bahagian utara kira-kira 20 km dari Bahau, 10 km dari Batu Kikir dan 10 km dari kg. Lonek. Kawasan ini mula dimajukan pada tahun 1986, setelah ia ditemui sejak seratus tahun lalu.
Jambatan gantung yang terdapat di Hutan Lipur Serting Ulu | Air terjun yang mengalir di celahan batu, begitu sejuk dan jernih airnya |
2) Hutan Lipur Jeram Tengkek
Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting, iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan dengan pelbagai bentuk. Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semula jadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah. Di samping itu, di sini juga terdapat perkampungan orang Asli yang boleh dilawati.
Batu-batuan yang terdapat di Hutan Lipur Jeram Tengkek. | Perkampungan orang Asli yang boleh dilihat dari jalan masuk ke Jeram Tengkek. |
3) Taman Rekreasi Bahau
Terletak ditengah-tengah Bahau, merupakan kawasan tumpuan utama penduduk tempatan untuk beriadah. Pada waktu pagi, boleh dilihat warga tua mempraktikkan tai chi, manakala pada sebelah petangnya penduduk bandar akan membanjiri kawasan ini untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti joging ataupun bersukan contonya bermain bola sepak, bola keranjang ataupun hanya berjalan untuk bersiar-siar.
4) De Bana
Hutan Lipur De Bana terletak di kawasan Lui dan sebahagian daripada Hutan Simpanan Pasoh yang berada pada ketinggian lebih kurang 200 meter dari paras laut. Sebaik sahaja anda masuk ke kawasan ini, anda boleh lihat gunung-ganang yang menjadi latar belakang hutan lipur tersebut. Di sebelah kanannya pula terdapat 'dinding' batu setinggi hampir 5-6 meter merentangi kawasan tersebut.
Papan tanda masuk ke Hutan Lipur De Bana | Air Terjun yang dikelilingi batu-bata |