Kampung ini dibuka pada kurun ke 19 oleh sekumpulan peneroka.Nama ketua peneroka itu ialah Haji Hamzah dan isterinya bernama Tanjung.
Mereka telah menanam sejenis pokok bernama SEMPUNEK di KUALA sebatang sungai yang arusnya mengalir terus ke Sungai Jempol.Singkatan sebutan KUA-LO dan dicantumkan dengan nama pokok SEMPU-NEK, maka dinamakan kampung ini “KAMPUNG LONEK”.
Sejarah ini diceritakan oleh anak cucu kepada Tuan Haji Hamzah yang bernama Ichek bt Samad yang tinggal di Kampung Lonek Seberang dan telah meninggal dunia.
sekadar gambar hiasan
sekadar gambar hiasan
0 Response to "Sejarah Kampung"
Post a Comment