http://kglonek.blogspot.com

Pelancaran Laman Web Rasmi Kampung Lonek

Dirasmikan oleh: Tuan Wan Razali bin Wan Awang,Pegawai Daerah Jempol

Tempat : Balai Raya Kampung Lonek

Tarikh : 16 April 2012

Homestay Lonek

Rumah Contoh Homestay

Menikmati dan merasai hidup di desa

BONGAI

Kumpulan Kebudayaan Kampung Lonek

Keasyikan alunan paluan gong dan rebana - persembahan 'Bongai'

Sambutan Selamat Datang

Selamat Datang

Pelancong dan tetamu yang datang di sambut dengan paluan gendang pacik dan bunga manggar

Sawah Padi

Luas mata memandang dengan kehijauan desa

Sawah Padi merupakan salah satu keunikan di Kampung Lonek

PENGENALAN

IBU Kg Lonek ialah sebuah persatuan belia yang telah wujud puluhan tahun dahulu. Persatuan ini telah menempa pelbagai kejayaan ketika zaman kegemilangannya termasuk menghantar wakil menyertai Kapal Belia Asia (Seayap). Namun begitu, jurang perbezaan umur diantara generasi lama dan baru menyebabkan persatuan keramat ini berkubur seketika.

Akhirnya atas kesedaran kepentingan berpersatuan, IBU Kg Lonek telah didaftarkan semula di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Mesyuarat penaja penubuhan IBU Kg Lonek diadakan pada 17 April 2008 dan dirasmikan oleh En Rosdi, Pegawai Belia & Sukan ketika itu.
Tanggal 3 Julai 2008, IBU Kg Lonek dengan rasminya diperakui sebagai sebuah persatuan belia yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Bermula detik itu, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk seluruh belia dan beliawanis sekitar kampung tradisi.

Lebih membanggakan apabila IBU Kg Lonek telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Perdana Persatuan Belia Peringkat Daerah Jempol pada tahun 2009. Sehingga kini, IBU Kg Lonek sangat aktif mengadakan pelbagai aktiviti untuk belia sekitar demi pembangunan belia di Malaysia.

Program Sejuta Belia di PWTC, Putrajaya

0 Response to "Ikatan Belia Utama (IBU) Kg Lonek"

Post a Comment

    Featured-video

    Tag-cloud