http://kglonek.blogspot.com

Pelancaran Laman Web Rasmi Kampung Lonek

Dirasmikan oleh: Tuan Wan Razali bin Wan Awang,Pegawai Daerah Jempol

Tempat : Balai Raya Kampung Lonek

Tarikh : 16 April 2012

Homestay Lonek

Rumah Contoh Homestay

Menikmati dan merasai hidup di desa

BONGAI

Kumpulan Kebudayaan Kampung Lonek

Keasyikan alunan paluan gong dan rebana - persembahan 'Bongai'

Sambutan Selamat Datang

Selamat Datang

Pelancong dan tetamu yang datang di sambut dengan paluan gendang pacik dan bunga manggar

Sawah Padi

Luas mata memandang dengan kehijauan desa

Sawah Padi merupakan salah satu keunikan di Kampung Lonek


PENGENALAN

Homestay Lonek yang terletak di daerah Jempol merupakan satu destinasi pelancongan yang berkonsepkan pengalaman desa dengan tarikan keindahan alam semulajadi berserta dengan tradisi budaya dan warisan kehidupan berteraskan sistem Adat Perpatih.

Homestay Lonek ditubuhkan pada 16 Oktober 2004 dan dirasmikan pelancarannya pada 19 Disember 2004 oleh YB Dato’ Hamzah Bin Hj Ghazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ketika itu bertempat di Balai Raya Kg Lonek. Homestay Lonek ditawarkan sebagai sebuah perkampungan homestay oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan setelah Kampung Lonek sering mendapat kejayaan, anugerah dan pengiktirafan melalui JKKK dan semua organisasi di dalam Kampung Lonek.

Kejayaan yang paling membanggakan apabila Homestay Kg Lonek dinobatkan sebagai Top 5 Homestay Terbaik Malaysia 2007 & Johan Anugerah Homestay Negeri Sembilan 2010.



0 Response to "Homestay-Kepimpinan"

Post a Comment

    Featured-video

    Tag-cloud