http://kglonek.blogspot.com

Pelancaran Laman Web Rasmi Kampung Lonek

Dirasmikan oleh: Tuan Wan Razali bin Wan Awang,Pegawai Daerah Jempol

Tempat : Balai Raya Kampung Lonek

Tarikh : 16 April 2012

Homestay Lonek

Rumah Contoh Homestay

Menikmati dan merasai hidup di desa

BONGAI

Kumpulan Kebudayaan Kampung Lonek

Keasyikan alunan paluan gong dan rebana - persembahan 'Bongai'

Sambutan Selamat Datang

Selamat Datang

Pelancong dan tetamu yang datang di sambut dengan paluan gendang pacik dan bunga manggar

Sawah Padi

Luas mata memandang dengan kehijauan desa

Sawah Padi merupakan salah satu keunikan di Kampung Lonek

1) Teratak Za’ba atau Zainal Abidin Ahmad

Kampung Bukit Kerdas, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Teratak Za'ba ini telah siap dibina pada tahun 2001. Teratak ini merupakan ilham daripada YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Isa bin Haji Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu bagi mengenang jasa dan menghargai sasterawan tersebut. Teratak ini telah diisi dengan artifak dan penerangan tentang Za'ba atau nama sebenar beliau Pendeta Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad.
Image  Image

2) Istana Serting Batu Kikir

72100, Bahau.

Istana kediaman Tunku Muda Serting telah dibina pada tahun 1931.
Image 

3) Kawasan Gua Serting Ulu
Terdapat beberapa kawasan gua yang terletak di kompartmen 27 dan 30, Hutan Simpanan Serting di kawasan Serting Ulu. Kawasan ini telah menjadi markas Bintang Tiga ketika mereka berkuasa selepas kekalahan tentera Jepun di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1946. Kawasan gua ini berpotensi untuk dimajukan memandangkan ianya agak unik dan menyediakan satu bentuk pemandangan yang berbeza. Buat masa ini, kawasan tersebut masih belum diterokai dengan lebih mendalam kecuali penduduk orang Asli yang berhampiran yang menjadikan gua-gua ini tempat untuk mereka mendapatkan bahan dari kelawar.


4) Jalan Penarikan
Jalan Penarikan adalah pertemuan antara Sungai Jempol dan Sungai Muar. Jempol dikatakan wujud pada kurun ke-14 iaitu sebelum kegemilangan Kerajaan Melaka pada kurun ke 15. Kawasan ini telah diterokai oleh sekumpulan sembilan keluarga yang berasal dari kawasan pedalaman Pasai, Sumatera Utara yang di ketuai oleh Dato' Shah Pedang. Jalan Penarikan ini merupakan laluan pintas bagi pedagang-pedagang yang ingin ke Siam dari Melaka setelah diberitahu oleh pedagang dari Pasai.

Kerajaan Siam pernah menggunakan laluan ini ketika  ingin melancarkan serangan ke atas Melaka. Jalan Penarikan juga pernah menyaksikan pelbagai peristiwa menarik, antaranya ialah kisah Hang Tuah yang melarikan Tun Teja Ratna Benggala iaitu anak kepada Bendahara Pahang yang telah pun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu. Selain itu, sewaktu penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, Sultan Mansur Shah telah membawa kerabat diraja menggunakan jalan ini untuk melarikan diri ke Pahang.
 
ImageImage
                                  

5) Sejarah peperangan senapang & parang (Pekan Batu Kikir)
Pekan Batu Kikir yang terletak lebih kurang 16 km dari Kuala Pilah dan 12 km dari Bandar Bahau merupakan sebuah kampung tersusun pada awalnya. Di pekan ini telah menyimpan satu sejarah yang masih belum dikenali secara meluas. Mengikut sejarah, terdapat satu peperangan yang agak menarik iaitu peperangan antara masyarakat Melayu yang menggunakan senjata parang melawan pasukan Bintang Tiga yang menggunakan senapang. Keganjilan yang berlaku ialah apabila pasukan Bintang Tiga yang menggunakan senapang atau senjata yang lebih baik berbanding  masyarakat Melayu pada ketika itu telah kalah teruk.
 
Peperangan ini juga menjadi sejarah, di mana telah menunjukkan perjuangan menentang pasukan Bintang Tiga yang telah menjadikan kawasan Gua di Simpang Pertang sebagai markas mereka. Peperangan ini berpunca dari peristiwa amuk di Padang Lebar berhampiran dengan pekan Batu Kikir. Akhirnya peristiwa amuk ini bertukar kepada satu peperangan yang dahsyat dan melibatkan banyak nyawa dari pasukan Bintang Tiga yang terkorban. Peperangan ini telah berlaku pada bulan November 1946. Peristiwa ini perlu diteliti kerana ianya memberi pengajaran tentang kehidupan yang harmoni datang dari kepercayaan dari satu kaum kepada satu kaum yang lain untuk tinggal bersama di dalam satu tempat.
 
Image 
Pekan Batu Kikir pada masa kini

0 Response to "TEMPAT BERSEJARAH"

Post a Comment

    Featured-video

    Tag-cloud