http://kglonek.blogspot.com

Pelancaran Laman Web Rasmi Kampung Lonek

Dirasmikan oleh: Tuan Wan Razali bin Wan Awang,Pegawai Daerah Jempol

Tempat : Balai Raya Kampung Lonek

Tarikh : 16 April 2012

Homestay Lonek

Rumah Contoh Homestay

Menikmati dan merasai hidup di desa

BONGAI

Kumpulan Kebudayaan Kampung Lonek

Keasyikan alunan paluan gong dan rebana - persembahan 'Bongai'

Sambutan Selamat Datang

Selamat Datang

Pelancong dan tetamu yang datang di sambut dengan paluan gendang pacik dan bunga manggar

Sawah Padi

Luas mata memandang dengan kehijauan desa

Sawah Padi merupakan salah satu keunikan di Kampung Lonek

PENGENALAN

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKK) mula ditubuhkan pada tahun 1962 melalui Arahan No 3 Rancangan Pembangunan Negara & Luar Bandar. Ketika itu institusi JKK hanya terdiri dari seorang pengerusi dan tidak lebih dari 10 orang ahli bagi menangani masalah kemiskinan, buta huruf, kurang upaya, kurang kesihatan dan sikap negetif di kalangan masyarakat.

Selepas itu, struktur, fungsi dan kegiatan JKK telah diperkemaskan lagi dengan golongan belia dan wanita, ahli keselamatan dan wakil kaum minoriti didalam organisasi JKK. Dalam usaha mencapai wawasan kerajaan, kini JKK lebih dikenali dengan nama JKKK.

SEJARAH JKKK KG LONEK

Mengikut cerita orang terdahulu, Kg Lonek dan Kg Kuala Sialang berada di dalam satu kariah masjid, dan diketuai oleh Ketua Kariah bernama Tuan Hj Mohd Noh. Namun selepas itu, masjid tersebut dipindahkan ke tapak masjid yang sedia ada sekarang dikatakan dalam tahun 1900 dan ketua kariah telah ditukar menjadi Ketua Kampung.

Ketua Kampung yang pertama dilantik dalam anggaran tahun 1960 an iaitu Tuan Hj Alias Bin Hj Ismail. Bermula lah era pentadbiran bersistematik di Kg Lonek.

SENARAI PENGERUSI JKKK / KETUA KG LONEK

 
 
 
 
 
 



PERANAN DAN BIDANG JKKK KG LONEK

JKKK merupakan badan induk yang menyelia keseluruhan organisasi di dalam kampung.

Ia merangkumi bidang pentadbiran, pembangunan ekonomi, pembangunan sosial, pembangunan pendidikan, pembangunan kesihatan, pembangunan agama, program kesejahteraan rakyat, program keselamatan, dan pembangunan alam sekitar & keindahan kampung.


KEDUDUKAN JKKK DALAM JENTERA KERAJAAN



CARTA ALIRAN KERJA AKTIVITI JKKK



0 Response to "JKKK Kampung Lonek"

Post a Comment

    Featured-video

    Tag-cloud