http://kglonek.blogspot.com

Pelancaran Laman Web Rasmi Kampung Lonek

Dirasmikan oleh: Tuan Wan Razali bin Wan Awang,Pegawai Daerah Jempol

Tempat : Balai Raya Kampung Lonek

Tarikh : 16 April 2012

Homestay Lonek

Rumah Contoh Homestay

Menikmati dan merasai hidup di desa

BONGAI

Kumpulan Kebudayaan Kampung Lonek

Keasyikan alunan paluan gong dan rebana - persembahan 'Bongai'

Sambutan Selamat Datang

Selamat Datang

Pelancong dan tetamu yang datang di sambut dengan paluan gendang pacik dan bunga manggar

Sawah Padi

Luas mata memandang dengan kehijauan desa

Sawah Padi merupakan salah satu keunikan di Kampung Lonek


MASJID / SURAU

Kampung Lonek mempunyai sebuah masjid dan 2 buah surau. Pembinaan surau yang terletak di Kampung Sg.Taling dan Kampung Tengah adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat untuk menunaikan  solat fardhu secara berjemaah.

Image
Masjid Kariah Kg Lonek



PUSAT SUMBER KEMAS KG LONEK

Perpustakaan Desa ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS). Perpustakaan ini merupakan tempat masyarakat di Kampung Lonek mendapatkan sumber bacaan dan menjalankan program yang dianjurkan oleh pihak KEMAS.

Image
Pusat Sumber KEMAS Kg Lonek



BALAI RAYA KG LONEK

Balai Raya Kampung Lonek merupakan pusat aktiviti utama Kampung Lonek, di mana terletaknya semua ibu pejabat bagi persatuan di kampung ini seperti pejabat JKKK/GDW Kg. Lonek, Anjung Bestari Kg. Lonek, Pejabat Homestay Kg. Lonek, dan juga Kumpulan Budaya Kg. Lonek.
 
Image Image
Pusat pentadbiran utama Kg Lonek


DEWAN HOMESTAY KG LONEK
Dewan Homestay ini merupakan tapak atau tempat program Homestay yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Homestay Kg Lonek. Dewan ini mempunyai pentas utama bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti persembahan Bongai dan persembahan daripada peserta program.
Image
Anjung Bestari Kg Lonek


HENTIAN BAS / TEKSI

Hentian bas dan teksi terletak di jalan masuk ke Kampung Lonek. Maka, penduduk yang ingin menggunakan perkhidmatan bas dan teksi perlu berjalan kaki atau keluar ke jalan utama lebih kurang 1.9 kilometer. Perhentian bas dan teksi utama terletak di Pekan Batu Kikir iaitu lebih kurang 3 kilometer dari pintu masuk ke Kampung Lonek.
 

Image  Image


TELEFON AWAM

Telefon awam di Kampung Lonek terletak dihadapan Balai Raya Kampung Lonek dan juga di  luar pintu masuk ke Masjid Kariah Kampung Lonek. Masyarakat tidak perlu bimbang sekiranya tiada talian tetap atau telefon mudah alih di rumah kerana kemudahan telefon awam tersedia dan masih dalam keadaan baik.



Image


PADANG BOLA
Selain taman rekreasi dan pusat futsal, di Kampung Lonek sendiri terdapat padang bola sepak yang digunakan oleh belia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Malah padang ini juga merupakan tempat aktiviti  homestay dijalankan seperti tarik upih, boling kelapa, sukaneka dan sebagainya.


Image


0 Response to "Kemudahan Asas"

Post a Comment

    Featured-video

    Tag-cloud