http://kglonek.blogspot.com

Pelancaran Laman Web Rasmi Kampung Lonek

Dirasmikan oleh: Tuan Wan Razali bin Wan Awang,Pegawai Daerah Jempol

Tempat : Balai Raya Kampung Lonek

Tarikh : 16 April 2012

Homestay Lonek

Rumah Contoh Homestay

Menikmati dan merasai hidup di desa

BONGAI

Kumpulan Kebudayaan Kampung Lonek

Keasyikan alunan paluan gong dan rebana - persembahan 'Bongai'

Sambutan Selamat Datang

Selamat Datang

Pelancong dan tetamu yang datang di sambut dengan paluan gendang pacik dan bunga manggar

Sawah Padi

Luas mata memandang dengan kehijauan desa

Sawah Padi merupakan salah satu keunikan di Kampung Lonek


PENGENALAN 

Homestay Kampung Lonek diperkenalkan pada bulan Disember 2004 dan beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2005. Homestay Kampung Lonek dikelilingi sawah padi dan memiliki tali air yang jernih. Justeru, tidak hairanlah antara aktiviti utama pelancong yang mengikuti program ‘homestay’ di kampung ini antaranya Mengoca Ikan, Pesta Mengemping Padi, dan seumpama dengannya. Pengunjung juga berpeluang menikmati masak lemak cili api asli yang popular di Negeri Sembilan.

Program homestay menawarkan pengalaman kepada pelancong untuk mengalami kehidupan masyarakat yang rata-ratanya masih mengamalkan kehidupan sebagai masyarakat Minang dan mengamalkan adat perpatih. Keunikan adat perpatih ini masih dapat dilihat melalui seni reka bentuk rumah, amalan adat dan budaya seharian, dialek dan loghat percakapan serta masakan cili apinya. Pelancong akan lebih didedahkan dengan kehidupan sebenar negeri yang mereka lawati. Tiada cara lain yang lebih baik dari tinggal dan merasai sendiri budaya dan masyarakat setempat melalui program inap desa ini. Program inap desa ini biasanya dilalui selama beberapa hari dan para pelancong akan mengalami sendiri pengalaman tinggal bersama keluarga angkat.


LOKASI HOMESTAY KG. LONEK
Homestay Kg Lonek terletak di dalam daerah Jempol, N.Sembilan. Bagi pelancong yang datang dari arah utara, mereka boleh melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur - Johor sehingga ke Seremban. Dari lebuh raya, di susur keluar ke Senawang, terdapat signboard ke KUALA PILAH. Mereka boleh mengikut arah Kuala Pilah, dengan melalui Bandar Senawang, jalan Bukit Putus, Ulu Bendul serta Kuala Pilah. Sampai di Kuala Pilah, anda akan lihat papan tanda di persimpangan Kuala Pilah iaitu arah kiri ke Homestay Kg Lonek. Ikut arah itu, dan melalui jalan ke PEKAN BATU KIKIR. Selepas Pekan Batu Kikir, ada simpang ke kanan ke Homestay Kg Lonek. Menghampiri Homestay Kg Lonek, anda akan melalui Teratak Zaaba yang berada di sebelah kawasan Homestay Lonek. Selepas Teratak Zaba, anda akan lihat signboard ke kanan, Homestay Kg Lonek 1.9 KM.
Bagi pelancong dari selatan tanah air, mereka boleh melalui jalan samada dari Gemas, Muazam ataupun Rompin. Mereka boleh mengikut arah jalan ke BAHAU. Homestay Kg Lonek terletak lebih kurang 3 KM dari Bahau. Mereka juga boleh mendapatkan pengangkutan Keretapi Tanah Melayu yang terus ke BAHAU.


   
Antara aktiviti yang dijalankan di Homestay Kg Lonek

Alamat Homestay Kg. Lonek
No.10, Kampung Lonek, Batu Kikir, 72100, Bahau, Negeri Sembilan
Tel:+60192871410 Faks:+6064984379 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

1) Hajah Badariah Ahmad (Pengerusi/Koordinator/Pengurus Projek)
    Tel. (R): +606-4544163 (Hp): +6019-2871410

2) Nor Asiah bt. Haron (Setiausaha)
    Tel. (R): +606-4985227 (Hp): +6012-6915482 
    Email: nenekteh@yahoo.com

3) Mohd Hezri Bin Mat Isa (Pegawai Eksekutif)
    Tel. (R): +60123973231 (Hp): +6064984379 



0 Response to "Homestay Kg Lonek"

Post a Comment

    Featured-video

    Tag-cloud