http://kglonek.blogspot.com

Pelancaran Laman Web Rasmi Kampung Lonek

Dirasmikan oleh: Tuan Wan Razali bin Wan Awang,Pegawai Daerah Jempol

Tempat : Balai Raya Kampung Lonek

Tarikh : 16 April 2012

Homestay Lonek

Rumah Contoh Homestay

Menikmati dan merasai hidup di desa

BONGAI

Kumpulan Kebudayaan Kampung Lonek

Keasyikan alunan paluan gong dan rebana - persembahan 'Bongai'

Sambutan Selamat Datang

Selamat Datang

Pelancong dan tetamu yang datang di sambut dengan paluan gendang pacik dan bunga manggar

Sawah Padi

Luas mata memandang dengan kehijauan desa

Sawah Padi merupakan salah satu keunikan di Kampung Lonek

PENGENALAN

Kampung Lonek merupakan sebuah kampung tradisi / kampung tradional yang masih mengekalkan amalan tradisi orang melayu secara turun temurun dan mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu, persekitaran dan laman yang berkonsepkan perkampungan Melayu.

Kampung Lonek dan terdiri daripada beberapa buah kampung iaitu Kampung Tengah, Kampung Tebat, Kampung Masjid Lonek, Kampung Sungai Taling dan Kampung Lonek Seberang. Keluasan keseluruhan kampung adalah 1,246 ekar dan terbahagi kepada beberapa bahagian seperti 360 ekar tanah untuk kawasan perumahan, 4 ekar untuk premis awam, 862 ekar untuk tanaman dan 5 ekar untuk lain-lain. Keluasan tanah yang terbiar di kampung ini adalah seluas 15 ekar.

  Rumah tradisional yang terdapat di Kampung Lonek

MOTO, VISI & MISI KG. LONEK

MOTO

Kampung Cemerlang, Hidup Gemilang, Masyarakat Terbilang

VISI

Menjadikan Kampung Lonek Dalam Kalangan Yang Terbaik

MISI 

Masyarakat Harmoni Dengan Kerjasama Yang Padu
Berteraskan Keilmuan Yang Mantap,
Budaya Yang Disanjung Dan Bersandarkan Pengurusan Yang Efisien Dan Terkini.

0 Response to "Maklumat Kampung"

Post a Comment

    Featured-video

    Tag-cloud