http://kglonek.blogspot.com

Pelancaran Laman Web Rasmi Kampung Lonek

Dirasmikan oleh: Tuan Wan Razali bin Wan Awang,Pegawai Daerah Jempol

Tempat : Balai Raya Kampung Lonek

Tarikh : 16 April 2012

Homestay Lonek

Rumah Contoh Homestay

Menikmati dan merasai hidup di desa

BONGAI

Kumpulan Kebudayaan Kampung Lonek

Keasyikan alunan paluan gong dan rebana - persembahan 'Bongai'

Sambutan Selamat Datang

Selamat Datang

Pelancong dan tetamu yang datang di sambut dengan paluan gendang pacik dan bunga manggar

Sawah Padi

Luas mata memandang dengan kehijauan desa

Sawah Padi merupakan salah satu keunikan di Kampung Lonek

PENGENALAN
 
Jempol merupakan salah sebuah daerah dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, yang juga merupakan daerah terbesar dari jumlah tujuh daerah kesemuanya (Jempol, Jelebu, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Seremban dan Port Dickson). Terdapat beberapa cerita atau mitos yang tersebar berkenaan penamaan ‘Jempol’ sebagai nama daerah ini. Antaranya sebuah kisah yang bermula daripada pemilik nama seorang gadis desa yang mati dibunuh akibat fitnah dan hasad dengki manusia.

     Nama Jempol kononnya diambil dari peristiwa tersebut yang mana gadis yang dibunuh itulah yang bernama Sri Jempol. Selain itu, terdapat juga cerita yang mengaitkan nama Jempol ini dengan nama sebuah sungai di sini. Jempol seperti juga daerah-daerah di Negeri Sembilan yang lain, amat berpegang teguh kepada adat. Adat yang paling popular di sini dan daerah sekitarnya adalah Adat Perpatih. Sehingga kini, adat tersebut masih diamalkan walaupun golongan muda masa kini semakin meminggirkan adat-adat tersebut.

Pejabat Daerah dan Tanah Jempol

ADAT PERPATIH

     Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera yang diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke-14 Masihi.

     Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan memang terkenal dengan panggilan orang Minang. Hal ini disebabkan kebanyakannya berasal daripada keturunan orang-orang Minangkabau yang terdapat di Wilayah Minangkabau, Sumatera. Minangkabau ialah nama bagi sebuah negeri, orang-orangnya dan juga bahasanya. Tetapi biasanya istilah yang digunakan untuk orang-orang Minangkabau ialah orang Minang. Masyarakat Minangkabau memang terkenal dengan cara hidup dan adat istiadat yang unik.

     Dalam amalan Adat Minangkabau ini, harta pusaka, gelaran dan nama suku diturunkan menurut salasilah keturunan sebelah ibu. Masyarakat Minangkabau bersifat peramah dan bijak dalam berbicara terutamanya dalam upacara-upacara adat yang dilakukan. Mereka menyampaikan sesuatu hal atau hajat secara halus dan cara kiasan, sehingga dalam menerimanya harus pula dengan perasaan yang halus. Atap rumah dan tutup kepala wanita Minang mempunyai bentuk mirip tanduk kerbau.

     Menurut kisah lalu, bentuk-bentuk ini dapat ditafsirkan oleh kerana eratnya hubungan dengan nama Minangkabau yang dapat disama erti dengan 'menang kerbau'. Masyarakat Minangkabau ialah pemeluk agama Islam yang taat dan pemegang adat yang kuat. Hal-hal agama dan adat terpadu secara serasi dalam cara kehidupan masyarakat seharian dan dijunjung tinggi oleh mereka. Begitulah asal mula perkembangan gelombang kedatangan orang-orang Minangkabau ke Negeri Sembilan.

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir - masih mengekalkan Adat Perpatih

0 Response to "Sejarah Jempol"

Post a Comment

    Featured-video

    Tag-cloud