Pusat Sumber Kg Lonek diwujudkan pada tahun 1977 oleh UMNO Cawangan Lonek pada ketika itu. Pusat Sumber Kg Lonek lebih dikenali sebagai Bilik Bacaan Kg Lonek dan ditempatkan di Balai Raya Kg Lonek. Semua koleksi buku-buku disumbangkan oleh Ketua Cawangan UMNO Lonek iaitu Dato' Dr. Hj. Mohd Khalid bin Yunus dan orang perseorangan. Di masa itu, bilik bacaan ini dibuka tiga kali seminggu dengan penjaganya dibayar saguhati.
Pada 1 April 1979, bilik bacaan ini telah diserapkan ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Jempol sehingga sekarang. Pada tahun 1996, bilik bacaan ini telah dipindahkan ke Dewan Dato' Dr. Hj. Mohd Khalid bin Yunus yang terletak di dalam perkarangan Masjid Kariah Kg Lonek sehingga sekarang dan dinaiktaraf sebagai Pusat Sumber KEMAS Kg Lonek.
Pada tahun 2008, Pusat Sumber KEMAS Kg Lonek telah dipindahkan ke tapak sekolah agama yang telah dikosongkan dan telah dibaikpulih menjadi Pusat Sumber KEMAS Kg Lonek yang baru dan mempunyai fasiliti yang lebih banyak seperti yang ada sekarang.
0 Response to "Pusat Sumber KEMAS Kg Lonek"
Post a Comment