Kampung Lonek terletak dalam Daerah Jempol dan berjarak 10 kilometer dari Pekan Bahau. Kampung Lonek pernah diiktiraf sebagai 'Kampung Tercantik' di negara ini oleh Kementerian Penerangan Malaysia, selain pernah memenangi Anugerah Komuniti Bestari dan KPW Maju peringkat Negeri Sembilan.
Suasana di Kampung Lonek dikelilingi oleh pemandangan saujana kehijauan sawah padi, ladang getah, dan kelapa sawit di samping pokok buah-buahan.
0 Response to "Maklumat Am"
Post a Comment